Beijing lapor sifar kes baharu

BEIJING, 7 JULAI – Beijing hari ini tidak mencatatkan sebarang kes baharu untuk pertama kali semenjak satu kluster jangkitan wujud di ibu negara China itu pada Jun lalu, mencetuskan kebimbangan gelombang kedua penularan tempatan.

Seramai 335 orang dijangkiti sejak satu kluster jangkitan wujud di pasar borong Xinfadi di bandar ini, awal bulan lalu.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Beijing, hari ini, hanya satu kes tidak bergejala dikesan pada hari sebelumnya di mana China tidak memasukkannya dalam pengiraan kes yang disahkan. Pihak berkuasa China masih menyiasat punca penularan terbaharu itu selepas virus terbabit dikesan pada papan pemotong ikan salmon import di pasar Xinfadi. – AFP