Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beijing sunyi sepi ketika sekatan mencengkam

    BEIJING, 9 MEI – Jutaan orang di Beijing berkurung di rumah hari ini ketika bandar China cuba untuk mengekang penularan COVID dengan sekatan pergerakan menakutkan.

    Penduduk Beijing bimbang mereka mungkin mendapati diri mereka dalam cengkaman langkah kejam sama yang telah memerangkap kebanyakan 25 juta penduduk Shanghai di rumah selama berminggu-minggu.

    Para pegawai di sana telah mengatakan daerah di timur telah memenangi pertempuran ke atas penularan terburuk negara itu sejak pandemik bermula.

    Namun sekatan pergerakan Shanghai telah diperketatkan, menyebabkan keberangan dan bantahan luar biasa dalam ekonomi utama terakhir yang masih mengenakan dasar sifar COVID. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda