Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beijing teruskan dasar kerasnya ke atas Taiwan

    BEIJING, 14 Jun – China mengenakan dasar kerasnya ke atas Taiwan hari ini selepas Panama mengalih pengiktirafan diplomatiknya daripada Taipei kepada Beijing.

    Jurucakap untuk Pejabat Kabinet Hal Ehwal Taiwan Ma Xiaoguang memberitahu wartawan tidak adanya pelencongan daripada desakan Beijing yang meminta Taiwan mengiktiraf bahawa ia adalah sebahagian daripada China.

    “Hanya dengan mengiktiraf bahawa kedua-dua pihak milik kepada satu China barulah hubungan kedua-dua pihak boleh kembali kepada haluan yang betul dalam perkembangan aman,” beritahu Ma kepada wartawan pada taklimat media.

    Tindakan pada minggu ini oleh Panama, yang menjadi salah satu daripada ekonomi terbesar yang telah mengekalkan hubungan diplomatik dengan Taiwan, merupakan tanda paling jelas tentang kempen China untuk menambah tekanan ke atas Presiden Taiwan Tsai Ing-wen.

    Parti Progresif Demokratik pimpinan Tsai berkata ia mahu hubungan yang stabil dengan Beijing, tetapi masih belum mengikut jejak langkah pemimpin sebelum Tsai, Ma Ying-jeou, dalam menyokong prinsip “satu China.”

    Sebuah taman bagi komuniti Cina di Panama. – AFP
    Sebuah taman bagi komuniti Cina di Panama. – AFP

    Di bawah kepimpinan lapan tahun oleh Ma sebagai presiden, Taipei dan Beijing telah mencapai beberapa perjanjian dan menambah tukaran mereka, berakhir dalam sidang kemuncak pada tahun 2015 di antara Ma dan Presiden China Xi Jinping di Singapura.

    Bagaimanapun, Beijing memutuskan hubungan dengan kerajaan Tsai sejurus selepas beliau menerajui tampuk pentadbiran setahun lalu dan telah menambah tekanan diplomatik dan ekonomi.

    Kedua-dua pihak berpisah di tengah perang saudara pada 1949, dan Beijing menegaskan ia hanya mempunyai hak untuk mewakili China dalam komuniti antarabangsa.

    Taiwan kini mempunyai 20 rakan diplomatik formal, 11 di antara mereka berada di Latin Amerika dan Caribbean. Penganalisis China berkata Beijing mungkin terus menggunakan pengaruh ekonomi dan politiknya untuk menarik sekutu Taiwan sehingga Tsai tunduk kepada permintaan China.

    Pulau itu juga dikecualikan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan multinasional lain yang memerlukan pengiktirafan kerajaan rasmi atas desakan China.

    Taiwan membantah keputusan Panama, menggambarkannya sebagai satu lagi langkah China untuk mengubah status quo di antara kedua-dua pihak dan menghakis kedaulatan dan ruang pernafasan antarabangsa Taiwan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda