BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan telah memaklumkan kepada orang ramai bahawa bekalan air bersih akan terjejas disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik yang berlaku pada masa ini.
Kawasan-kawasan yang terlibat termasuk Daerah Brunei Muara, Daerah Belait dan Daerah Tutong.
Oleh yang demikian, menurut JKR, bekalan air ke kawasan yang terjejas akan berkurangan sehingga bekalan elektrik kembali pulih.
Walau bagaimanapun, bekalan air memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya dan kawasan-kawasan tinggi mungkin masih akan mengalami gangguan bekalan air / tekanan air rendah.
JKR dalam kenyataannya memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui tanker atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.










