Monday, July 1, 2024
22.3 C
Brunei

    -

    Bekalan air panas kompleks wad Hospital RIPAS ditutup sementara

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Dalam usaha memastikan bekalan air panas di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) adalah di tahap yang optima dan berfungsi dengan baik, Kementerian Kesihatan akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pressure and leak test bagi header paip bekalan air dari tangki air panas ke kompleks wad di Blok Utama Hospital RIPAS.

    Sehubungan itu, penutupan bekalan air panas di hospital berkenaan akan bermula hari ini hingga 30 Jun dan akan dibuka semula setelah kerja-kerja selesai dilakukan.

    Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul. Kerjasama orang ramai ke arah ini adalah sangat-sangat dihargai.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...