Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekalan darah masih di tahap rendah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah dan Tabung-tabung Darah di seluruh negara adalah masih di tahap yang rendah pada masa ini.

    Penderma darah kumpulan A,B dan AB adalah diperlukan dengan segera bagi menampung keperluan pemindahan darah di kesemua hospital di negara ini.

    Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan memaklumkan perubahan kepada tarikh-tarikh kempen derma darah kepada orang ramai iaitu pada 23 Disember di McDonald’s Jerudong Drive Thru bermula pukul 9:00 pagi hingga 12 tengah hari dan 1:00 petang hingga 3:00 petang serta pada 26 Disember dan 28 Disember di Function Room, Tingkat 2, The One, Batu Satu dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dan pukul 1:00 petang hingga 3:00 petang.

    Orang ramai adalah dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menjayakan serta menderma darah untuk sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di Negara Brunei Darussalam.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda