Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bekalan dilancar ke stesen angkasa baharu China

    BEIJING, 10 MEI – Sebuah kapal kargo China kelihatan berlabuh di stesen angkasa yang belum siap hari ini sebelum tiga anggota kru baharu dijangka tiba pada bulan depan.

    Kapal angkasa Tianzhou-4 berlepas ke angkasa dengan roket March-7 Y5 pada pukul 1:56 pagi dari Pusat Pelancaran Wenchang di selatan wilayah pulau Hainan. Media negeri berkata ia berlabuh di stesen kira-kira tujuh jam kemudian.

    Kapal kargo itu membawa bekalan untuk kru yang akan tinggal di stesen selama enam bulan, bersama peralatan penyelidikan dan alat ganti untuk penyelenggaraan stesen.

    Kru terakhir stesen kembali ke Bumi pada bulan lalu selepas berada di stesen selama enam bulan, misi angkasa paling lama China setakat ini.

    China berhasrat menyiapkan pembinaan stesen pada tahun ini selain dua modul makmal pada Julai dan Oktober untuk menghubungkannya dengan modul Tianhe yang dilancarkan pada April 2021. Sebuah lagi kapal kargo, Tianzhou-3, masih berlabuh di stesen.

    Program angkasa lepas China melancarkan angkasawan pertamanya ke orbit pada 2003, menjadikan China satu-satunya negara ketiga yang berbuat demikian menggunakan sumbernya sendiri selepas Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.

    Misi Shenzhou 14 dijadual dilancarkan pada bulan depan untuk membawa kru ke stesen selama enam bulan. Pada akhir misi, tiga lagi angkasawan akan dihantar dengan menaiki kapal angkasa Shenzhou 15 untuk tinggal enam bulan lagi, dengan dua kru bertindan selama tiga hingga lima hari, menandakan kali pertama stesen mempunyai enam angkasawan di sana. – AP

    Gambar serahan Xinhua menunjukkan kapal angkasa Tianzhou-4 berlabuh di stesen angkasa yang belum siap, di skrin video Pusat Kawalan Aeroangkasa Beijing di Beijing kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...