Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekalan elektrik di Gaza semakin memburuk

    GAZA – Krisis bekalan elektrik di Semenanjung Gaza kini semakin memburuk sejak pertengahan bulan April lalu dan bebanan itu semakin bertambah buat Amal Nasrallah, seorang guru dan juga suri rumah berusia 46 tahun, untuk mengurus keperluan harian keluarganya.

    Kekurangan tenaga elektrik itu, yang biasanya berlaku selama berjam-jam pada siang dan malam, menjadikan Nasrallah sukar untuk menyimpan apa-apa barangan makanan segar dan juga hidangan yang baru dimasaknya bagi hidangan keluarganya yang mempunyai enam orang ahli.

    Nasrallah perlu melakukan kerja-kerja tambahan untuk membeli bahan-bahan makanan bagi setiap hidangan pada setiap hari, untuk mengelakkan makanan daripada cepat basi.

    “Krisis kuasa yang semakin memburuk telah memberi kesan negatif terhadap semua aspek kehidupan kami dan juga jadual harian kami, terutamanya tabiat membeli dan menyediakan makanan,” katanya dalam temubual bersama Xinhua.

    Dia juga berkata bahawa pelbagai barangan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk telah pun basi dalam beberapa hari memandangkan perkakas barangan elektrik hanya berfungsi untuk hanya beberapa jam.

    Menurut Perbadanan Tenaga Hamas Palestin di Gaza, kuantiti elektrik yang ada di kawasan itu “tidak melebihi 100 megawatt daripada lebih daripada 500 megawatt diperlukan setiap hari.”
    Syarikat Pengedaran Elektrik Gaza (GEDCO) bergantung pada jadual kecemasan iaitu penggunaan elektrik hanya kurang daripada tiga jam setiap hari. Peniaga-peniaga di Gaza berkata kuasa elektrik yang semakin memburuk ini telah menyebabkan kemerosotan perdagangan di pasar-pasar tempatan Gaza.

    Raneen al-Rifi, seorang suri rumah mempunyai lima orang ahli keluarga, biasanya akan pergi ke pasar pada hampir sekali seminggu untuk membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan daging, dan kemudiannya disimpan bagi kegunaan harian. Krisis tenaga elektrik ini memaksanya untuk mengubah cara kebiasaan membeli-belahnya, terutama pada hari-hari di musim panas apabila makanan akan cepat basi tanpa adanya tenaga elektrik.

    Rifi menyatakan bahawa dia kini terpaksa membeli bahan-bahan untuk hanya satu hidangan seharian sahaja dan membeli buah-buahan dengan jumlah yang minimum, dan keluarganya perlu memakan makanan itu dengan cepat sebelumnya basi tanpa ada alat penyimpanan yang berfungsi.

    Semenanjung Gaza telah mengalami kekurangan bekalan elektrik yang teruk sejak pertengahan April yang disebabkan oleh kerosakan stesen janakuasanya dan juga pengurangan oleh Israel – pada sekitar satu pertiga – daripada bekalan elektrik ke kawasan pantai.

    Menurut Perbadanan Tenaga Hamas Palestin di Gaza, kuantiti elektrik yang ada di kawasan itu “tidak melebihi 100 megawatt daripada lebih daripada 500 megawatt diperlukan setiap hari.” Pegawai korporat berkata keadaan ini menjadikan krisis elektrik berada pada tahap paling teruk dalam beberapa tahun ini.

    Hasil daripada defisit ini, Syarikat Pengedaran Elektrik Gaza (GEDCO) bergantung pada jadual kecemasan iaitu penggunaan elektrik hanya kurang daripada tiga jam setiap hari. Peniaga-peniaga di Gaza berkata, kuasa elektrik yang semakin memburuk ini telah menyebabkan kemerosotan perdagangan di pasar-pasar tempatan Gaza.

    Saad Bedair, yang mengendalikan kedai makanan di pusat bandar Gaza, memberitahu Xinhua bahawa kurangnya pembelian barang-barangan rumah telah menyebabkan mereka mendapat kerugian yang banyak.

    Krisis bekalan elektrik di Semenanjung Gaza kini semakin memburuk sejak pertengahan bulan April lalu.
    Potongan kuasa elektrik selama berjam-jam juga telah menyebabkan kemerosotan pembangunan ekonomi tempatan, yang bergantung kepada mekanisme pengeluaran elektrik.

    Barangan seperti produk beku, susu dan keju biasanya dibeli mencukupi untuk satu minggu bagi setiap keluarga, kini semakin berkurang dalam kuantiti yang minimum dan ada yang berhenti membelinya, katanya. Potongan kuasa elektrik selama berjam-jam juga telah menyebabkan kemerosotan pembangunan ekonomi tempatan, yang bergantung kepada mekanisme pengeluaran elektrik.

    Sejumlah kilang telah berhenti beroperasi, memandangkan krisis ini yang menyebabkan peningkatan dalam kos pengeluaran serta kemerosotan kapasiti pengeluaran, terutamanya bagi industri yang menuntut kepada bekalan elektrik secara berterusan.

    Ghazi Mushtaha, pemilik kilang ais krim memberitahu Xinhua bahawa pengeluaran mereka jatuh pada musim panas ini lebih daripada 95 peratus disebabkan oleh kekurangan tenaga elektrik.

    Dia menjelaskan bahawa bekalan elektrik telah disediakan selama kurang daripada tiga jam setiap 24 jam dalam beberapa bulan terakhir, yang sama sekali tidak membantu dalam penghasilan atau penyimpanan produknya.

    “Tahun ini adalah yang paling buruk bagi syarikat kami kerana kekurangan tenaga elektrik dalam pengeluaran dan penyimpanan,” kata Mushtaha, yang mengasaskan kilangnya 40 tahun yang lalu, “Walaupun mereka menyediakan tenaga elektrik untuk pengeluaran, kami tidak boleh menjual ais krim ke kedai-kedai yang tidak mempunyai elektrik secara tetap untuk penyimpanan. ”

    Dia menegaskan bahawa hasil yang merosot itu menjejaskan lebih daripada 70 orang pekerjanya dan lebih daripada 40 pengedar kilangnya, bersama dengan beratus-ratus peruncit, yang meningkatkan kadar pengangguran dan tahap kemiskinan yang semakin memburuk di Semenanjung Gaza. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda