Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekalan elektrik pulih sepenuhnya

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Sebahagian penduduk di Daerah Temburong telah mengalami gangguan bekalan elektrik kelmarin di mana punca awal gangguan bekalan disebabkan oleh kerosakan peralatan pada salah sebuah jentera diesel di Pusat Jana Kuasa Belingus, Temburong, yang telah pun dibaik pulih.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Jabatan Perdana Menteri, di sini, jabatan berkenaan telah pun membekalkan bekalan tenaga elektrik melalui perkhidmatan jana kuasa bergerak (genset) secara sementara bagi memastikan penduduk yang terjejas dapat menerima bekalan tenaga elektrik.

    Kerja-kerja membaiki kerosakan dan pemulihan bekalan tenaga elektrik daripada rangkaian elektrik ke kawasan-kawasan yang terjejas telah selesai dilaksanakan pada pukul 8:29 malam. JPE merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai atas kesabaran dan keyakinan yang diberikan dalam membaik pulih bekalan tenaga elektrik di sepanjang gangguan itu.

    Jabatan itu juga memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang dialami oleh para pelanggan yang terjejas. Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan, boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda