Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekalan elektrik Sri Lanka tersekat akibat monyet

    COLOMBO, 10 FEB – Seekor monyet yang menceroboh di pencawang grid elektrik Sri Lanka menyebabkan gangguan bekalan elektrik di seluruh pulau itu kelmarin, kata pegawai kerajaan.

    Gangguan bekalan elektrik, yang bermula sekitar 11:30 pagi, masih belum dipulihkan sepenuhnya selepas tiga jam.

    “Seekor monyet telah bersentuhan dengan pengubah grid kami menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem,” kata Menteri Tenaga, Kumara Jayakody, kepada pemberita.

    Pencerobohan itu berlaku di pinggir bandar Colombo selatan, katanya.

    Walaupun bekalan elektrik dipulihkan di beberapa buah kawasan, akan tetapi ia tidak dapat dipastikan berapa lama lagi gangguan itu akan berlaku.

    “Jurutera sedang berusaha menanganinya untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin,” kata menteri itu.

    Rakyat Sri Lanka terpaksa mengalami sekatan elektrik berbulan-bulan pada musim panas 2022 apabila negara itu terjerumus ke dalam krisis ekonomi.

    Stesen minyak kehabisan petrol dan diesel, memaksa stesen janakuasa haba mencatu tenaga elektrik kepada 13 jam setiap hari. – AFP

    Para penumpang melepasi lampu isyarat yang tidak berfungsi berikutan bekalan elektrik tersekat di seluruh negara di Galle pada 9 Februari lalu. – AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda