Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bekalan elektrik terputus akibat ribut

    HAZEL GREEN, ALABAMA, 2 JAN – Barisan ribut teruk merosakkan rumah, memutuskan bekalan elektrik dan menumbangkan beberapa pokok di bahagian selatan Amerika Syarikat (AS) kelmarin sehingga hari ini.

    Pihak berkuasa menutup jalan di Hazel Green, Alabama, selepas talian elektrik terputus dan rumah mengalami kerosakan. Pejabat Syerif Daerah Madison berkongsi foto dalam talian termasuk salah satu tiang elektrik yang terputus.

    Cuaca juga menyebabkan kerosakan kepada perniagaan di Hazel Green, termasuk Walmart, menurut laporan saluran berita tempatan. Komuniti ini terletak kira-kira 15 batu di utara Huntsville. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...