Tuesday, April 8, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekalan Gaza semakin susut, krisis bertambah parah – UNRWA

    NEW YORK, 7 APRIL – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa bekalan bantuan kemanusiaan di Genting Gaza semakin berkurangan ke tahap berbahaya, dengan situasi di wilayah itu semakin merosot dengan cepat, dan menggesa agar sekatan Israel ditamatkan segera bagi membolehkan bantuan disalurkan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, UNRWA berkata lebih sebulan telah berlalu sejak Israel menyekat kemasukan bekalan kemanusiaan dan komersial ke Gaza.

    Agensi itu menegaskan pasukannya terus menyalurkan bantuan menggunakan sumber terhad yang ada, namun memberi amaran bahawa stok bekalan semakin kehabisan dan keadaan semakin meruncing.

    UNRWA menggesa sekatan Israel ditamatkan segera dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu disambung semula tanpa berlengah, tambah UNRWA. – Bernama/Wafa

    Rakyat Palestin menerima beg tepung dan bantuan kemanusiaan lain oleh UNRWA, agensi PBB membantu pelarian Palestin di Jabaliya, Gaza pada 1 April. Bekalan untuk Gaza semakin susut.  – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda