Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bekalan makanan dihantar ke kampung Orang Asli

    GUA MUSANG, 28 OKT – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar 6,255 kilogram (kg) bantuan bekalan makanan ke empat perkampungan Orang Asli di daerah ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.

    Bantuan berkenaan dihantar dengan menggunakan helikopter jenis Mi-17-IV ke Kampung Gob, Kampung Simpor, Kampung Gawin dan Kampung Jader membabitkan 417 keluarga bermula semalam dan hari ini.

    Antara barangan yang dihantar ialah beras, gula, biskut, sardin dan tepung gandum.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Ab Aziz Yusoff berkata penghantaran itu ialah langkah proaktif untuk menghantar bekalan makanan ke perkampungan Orang Asli yang terletak jauh dan sukar untuk dihubungi.

    “Jawatankuasa Bencana Daerah melalui Pejabat Tanah bersama Pusat Khidmat DUN bekerjasama, dan kita memohon Unit Udara JBPM untuk menghantar bekalan makanan ke kampung-kampung berkenaan.

    “Penghantaran bakul makanan ini sebagai persiapan awal dan untuk digunakan jika terputus bekalan makanan semasa musim tengkujuh ataupun musim banjir, jadi kita mulakan dengan pos yang paling jauh dahulu,“ katanya ketika ditemui di Padang Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang, di sini hari ini. – Bernama

    Anggota bomba dan penyelamat bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membawa barangan keperluan untuk dihantar ke empat perkampungan Orang Asli kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...