Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas ahli kumpulan AOA, Mina dikejarkan ke hospital selepas cubaan bunuh diri

    Bekas anggota kumpulan Kpop terkenal AOA iaitu Mina dikejarkan ke hospital selepas memuat naik sebuah entri yang menunjukkan penyanyi itu cuba mencederakan diri di Instagram pada Sabtu.

    Pihak pengurusan Mina iaitu Woori Actors menerusi sebuah kenyataan media berkata pelakon itu kini masih mendapatkan rawatan.

    “Kwon Mina telah dihantar ke unit kecemasan. Dia kini sedang menerima rawatan di hospital,” kata pihak pengurusan Mina.

    Sebelum dihantar ke hospital, Woori Actors menghubungi pihak polis selepas Mina memuat naik gambar tersebut dengan mesej berkaitan isu buli yang terjadi antara ahli kumpulan AOA.

    Mesej tersebut ditujukan kepada Jimin, Seolhyun dan Ketua Pegawai Eksekutif FNC Entertainment iaitu Han Sung Ho.

    Bagaimanapun, posting itu sudah dipadam daripada laman sosial Instagram milik Mina. – Agensi

    Mina memuat naik foto yang memperlihatakn cubaan bunuh diri dalam laman sosial media. –Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda