Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas ahli parlimen NZ disabit bersalah curi barang kedai

    WELLINGTON, 27 JUN – Bekas ahli parlimen New Zealand, Golriz Ghahraman disabitkan dengan kesalahan mencuri barang kedai dan didenda hari ini, dalam skandal yang telah menjejaskan kerjayanya dalam politik berhaluan kiri tengah itu.

    Ghahraman, yang merupakan pelarian pertama yang dipilih ke parlimen New Zealand, meletak jawatan daripada tugas politiknya pada 16 Januari, memetik keperluan untuk menangani kesihatan mentalnya.

    Keesokan harinya, polis menuduh bekas bintang muda Parti Hijau itu mencuri dari kedai pakaian butik.

    Ghahraman mengaku bersalah pada Mac lalu atas empat pertuduhan mencuri barang kedai selepas mencuri barangan bernilai kira-kira NZ$9,000 dari kedai di Auckland dan Wellington pada akhir tahun lalu.

    Wanita berusia 43 tahun itu, yang sebelum ini berkhidmat sebagai jurucakap keadilan partinya, didenda NZ$1,600 dan diarah membayar kos NZ$260 di mahkamah daerah Auckland, kata timbalan pendaftar kepada AFP.

    Bukti rasa penyesalannya, pembayaran unruk barang yang dicuri dan memandangkan dia adalah pesalah kali pertama menyebabkan Ghahraman terlepas daripada hukuman penjara, kata Hakim June Jelas. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda