Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas ahli parlimen wanita ditembak mati

    KABUL, AFGHANISTAN, 15 JAN – Seorang bekas ahli parlimen wanita Afghanistan dan pengawal peribadinya ditembak mati oleh penyerang yang tidak dikenali di rumahnya di ibu negara, Kabul, kata polis hari ini.

    Mursal Nabizada adalah antara beberapa orang ahli parlimen wanita yang tinggal di Kabul selepas Taliban merampas kuasa pada Ogos 2021.

    Ia adalah kali pertama seorang ahli parlimen dari pentadbiran terdahulu terbunuh di bandar itu sejak pengambilalihan.

    Ketua polis tempatan, Molvi Hamidullah Khalid berkata Nabizada dan pengawalnya ditembak mati sekitar jam 3 pagi Sabtu di dalam bilik yang sama.

    Dia berkata, abangnya dan seorang pengawal keselamatan kedua cedera. Pengawal keselamatan ketiga melarikan diri dengan wang dan barang kemas.

    Dia meninggal dunia di tingkat satu rumahnya, yang digunakan sebagai pejabatnya. Khalid berkata siasatan sedang dijalankan. Walau bagaimanapun tidak menjawab soalan mengenai kemungkinan motif.

    Nabizada dipilih pada 2019 untuk mewakili Kabul dan kekal memegang jawatan sehingga pengambilalihan Taliban.

    Beliau adalah ahli suruhanjaya pertahanan parlimen dan bekerja di sebuah kumpulan bukan kerajaan swasta, Institut Pembangunan Sumber Manusia dan Penyelidikan. – AP

    Seorang wanita melihat gambar bekas ahli parlimen Afghanistan, Mursal Nabizada pada telefon bimbitnya. Mursal ditembak mati oleh lelaki bersenjata malam kelmarin di rumahnya di Kabul. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda