Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Seramai 30 orang bekas anggota pengambilan ke-71 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan perkumpulan semula serta majlis bertahlil dan Doa Arwah di Restoran Borneo Kopitiam, Gadong baru-baru ini.
Majlis tersebut dikhususkan bagi bekas anggota ke-71 yang telah kembali ke rahmatullah seterusnya mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin sejak memulakan kerjaya sebagai anggota tentera pada 4 Januari 1987.
Majlis berkenaan dikendalikan oleh ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada bekas anggota pengambilan ke -71 dan diadakan pada bulan Ramadan setiap tahun.


