Wednesday, September 18, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas anggota polis kurang upaya terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Lotus Light Charity Society Brunei (LLCS) dengan kerjasama Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei yang Bersara (POLSARA) hari ini menghulurkan bantuan kepada bekas anggota polis yang kurang upaya, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman Supt (B) Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Haji Muhammad.

    Bantuan berkenaan diserahkan oleh SAC (B) Peng Eng Lee, mewakili LLCS, kepada isteri Supt (B) Pengiran Abdul Aziz dengan kerjasama daripada Yang Di-Pertua POLSARA, Supt (B) Haji Yahya bin Haji Ibrahim.

    Dengan adanya bantuan seumpama ini, ianya diharapkan dapat meringankan lagi bebanan mereka serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mereka.

    Pengiran Abdul Aziz, SAC (B) Peng Eng Lee dan Supt (B) Haji Yahya bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda