Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bekas anggota Super Junior rasa diperdagangkan bapa sendiri

    Bekas anggota kumpulan Super Junior iaitu Han Geng mendedahkan pernah melalui waktu sukar ketika di awal kemunculan sebagai bintang Kpop di Korea Selatan.

    Han Geng, 40, memberitahu tekanan yang dihadapi ketika menjalani latihan sebagai bintang Kpop cukup membuatkan dia terfikir untuk mengambil nyawanya sendiri bagi menamatkan penderitaan dihadapi, kongsi mStar.

    Apatah lagi ketika itu dia turut mengalami masalah kewangan kerana perlu menghantar wang belanja untuk keluarganya di China.

    “Saya tinggal di sebuah asrama dan rasa sangat tertekan sehingga mengalami mimpi buruk setiap malam.

    “Saya hubungi bapa dan beritahu ingin bunuh diri… Tapi saya beruntung kerana semua anggota Super Junior sangat baik dan sering menyokong saya,” katanya.

    Han Geng memulakan latihan sebagai bintang Kpop pada usia 19 tahun sebelum muncul bersama Super Junior pada 2005.

    Dalam pada itu, Han memberitahu dia pernah berasa jauh hati dengan bapanya ketika menandatangani perjanjian bersama syarikat pengurusannya di Korea Selatan.

    Katanya, antara terma yang tertulis dalam perjanjian itu ada menyebut perkataan ‘saya jual’ yang membuatkan dia berasa seperti diperdagangkan bapa sendiri. – Agensi

    Han Geng terpaksa meninggalkan negara asal pada usia muda. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...