Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bekas anggota terlibat serangan bom 1970an di Jepun ditangkap

    TOKYO, 26 JAN – Seorang bekas anggota kumpulan radikal Jepun yang terlibat dalam serangan bom dahsyat pada 1970an akhirnya mungkin telah ditangkap selepas hampir 50 tahun dalam pelarian, kata media tempatan hari ini.

    Kini berusia 70 tahun, gambar Satoshi Kirishima yang muda, berkaca mata dan berambut panjang telah dipaparkan pada poster ‘dikehendaki’ di luar balai polis di seluruh Jepun selama beberapa dekad.

    Polis masih cuba mengesahkan identitinya, tetapi kelmarin seorang lelaki dipercayai Kirishima telah ditahan di sebuah hospital di barat Tokyo, lapor penyiar TBS.

    Lelaki itu, yang mendaftar masuk ke hospital dengan nama lain, menghidap barah dan semasa menerima rawatan dia mengaku bahawa dia adalah Kirishima, kata penyiar NHK.

    Polis enggan mengulas ketika dihubungi AFP.

    Kirishima ialah anggota Barisan Bersenjata Anti-Jepun Asia Timur, yang pada 1970an mendalangi beberapa siri serangan bom teruk ke atas syarikat-syarikat gergasi korporat.

    Dalam satu serangan ke atas Mitsubishi Heavy Industries pada tahun 1974, lapan orang terbunuh.

    Agensi Polis Kebangsaan berkata di laman web Kirishima telah melanggar ‘peraturan jenayah untuk mengawal bahan letupan’, dan dikehendaki kerana ‘pengeboman bersiri ke atas syarikat’ di Tokyo pada 1975. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...