Bekas banduan serah diri selepas jadi gelandangan

SYDNEY, 15 SEPT – Seorang lelaki yang melarikan diri dari penjara Australia pada tahun 1990an telah menyerah diri selepas hampir 30 tahun diburu, kata polis hari ini.

“Antara 7 malam Jumaat 31 Julai dan 7 pagi Sabtu 1 Ogos 1992, seorang lelaki berusia 35 tahun telah melarikan diri dari pusat penjara di Hoof Street di Grafton,” menurut kenyataan.

“Pada ketika itu, usaha untuk mengesan lelaki tersebut tidak berjaya.”

The Sydney Morning Herald, yang berkata lelaki itu telah dipenjarakan atas dua tuduhan ‘menanam tumbuhan larangan’, dilaporkan telah menghabiskan masanya tinggal di pantai utara Sydney.

Pada Ahad, setelah menjadi gelandangan lelaki itu menyerah diri ke balai polis Sydney, menurut Telegraph Daily. – AFP