Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas bintang Belanda meninggal dunia

    THE HAGUE, 8 OKT – Johan Neeskens, sebahagian daripada pasukan Ajax dan Belanda yang mencipta ‘total football’ pada era 1970an dan rakan sepasukan utama Johan Cruyff, meninggal dunia pada usia 73 tahun kata Persekutuan Bolasepak Belanda, kelmarin.

    “Dengan kematian Johan Neeskens, Belanda dan bola sepak antarabangsa kehilangan seorang legenda,” kata KNVB dalam satu kenyataan sambil menambah pemain tengah itu meninggal dunia pada Ahad kerana sakit yang tidak didedahkan.

    Neeskens adalah sebahagian daripada pasukan Ajax yang menang Piala Eropah tiga kali berturut-turut pada awal 1970an selain pasukan ‘Clockwork Oranje’ Belanda yang mara ke final Piala Dunia pada 1974 dan 1978.

    Dia meraih 49 penampilan bersama Belanda.

    “Dengan bentesan hebat, bijak membaca permainan dan penalti ikonik, dia akan sentiasa diingati sebagai seorang daripada pemain terhebat pernah dilahirkan Belanda,” kata KNVB.

    Selepas menamatkan kerjaya sebagai pemain, Neeskens terus menyumbang kepada dunia bola sepak melalui pelbagai program kejurulatihan di seluruh dunia.

    Walaupun terkenal dengan gaya permainan yang agresif, KNVB menyatakan bahawa Neeskens juga dikenali sebagai seorang yang lembut dan penyayang dalam kehidupan peribadinya.

    “Beliau adalah seorang insan yang penyayang, bangga dengan anak-anak serta cucu-cucunya, dan hingga ke akhir hayat, beliau tetap menginspirasikan orang lain dengan kecintaannya terhadap bola sepak,” jelas KNVB.

    Sebagai penghormatan terakhir, KNVB akan mengadakan satu momen berdiam diri selama satu minit pada dua perlawanan antarabangsa Belanda yang seterusnya menentang Hungary dan Jerman. – AFP

    Aksi Neeskens ketika menjaringkan gol menerusi penalti menewaskan penjaga gol Jerman Barat, Sepp Maier di Munich pada final Piala Dunia 1974. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda