Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas bos Audi didakwa menipu

    FRANKFURT AM MAIN, 31 JULAI – Pendakwa Jerman hari ini berkata, mereka telah mendakwa bekas ketua eksekutif Audi, Rupert Stadler dengan penipuan berhubung peranan subsidiari Volkswagen dalam skandal penipuan pengeluaran ‘dieselgate.’

    “Profesor Rupert Stadler dan tiga defendan lain dituduh menipu, memalsukan sijil dan pengiklanan haram,” kata pendakwa di Munich.

    Dakwaan dikaitkan dengan lebih 430,000 kereta VW, Audi dan Porsche yang dipasang dengan ‘peranti’ untuk menipu ujian pengeluaran badan pengatur.

    Perisian sedemikian, digunakan untuk kereta diesel, membenarkan kenderaan mengesan apabila mereka sedang diuji dalam makmal dan mengurangkan pengeluaran berbahaya di bawah tahap sebenar yang dikeluarkan di jalan raya.

    Stadler mendapat tahu ‘pada September 2015’, apabila Volkswagen mengaku menjual 11 juta kenderaan di seluruh dunia selepas siasatan oleh Amerika.

    Namun sejak itu, Stadler masih terus menjual kenderaan yang terjejas dari Audi terutamanya di Eropah dan AS, kata pendakwa.

    Kereta Porsche dan VW yang dipasang dengan enjin palsu daripada subsidiari mewah juga terus dikeluarkan.

    Dakwaan membabitkan penjualan 250,712 kereta Audi, 71,577 Volkswagen dan 112,131 Porsche. – AFP

    Gambar fail bertarikh 15 Mac 2018 menunjukkan CEO pengeluar kereta Jerman Audi AG Rupert Stadler selepas sidang akhbar tahunan Audi di ibu pejabat syarikat di Ingolstadt, selatan Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda