Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas datuk bandar ditahan beli 1.5 tan sosej guna wang awam

    ZAGREB, 7 FEB – Bekas datuk bandar sebuah bandar di Croatia telah ditahan kelmarin atas tuduhan membeli 1.5 tan sosej tempatan terkenal menggunakan wang awam, lapor media tempatan.

    Davor Milicevic disyaki telah membeli 1.5 tan kulen, sejenis sosej daging khinzir berperisa, daripada bajet Zupanja dalam tempoh tiga tahun, menurut portal berita Telegram.

    Pengurus kedai daging tempat sosej tersebut dilaporkan dibeli juga telah ditahan, kata laporan itu.

    Milicevic, yang juga bekas ahli parlimen parti pemerintah HDZ, merupakan datuk bandar Zupanja, di timur Croatia, dari 2009 hingga 2021.

    Ketika dihubungi oleh AFP, jurucakap polis hanya berkata, “Siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama biro nasional untuk memerangi jenayah terancang dan rasuah (USKOK).”

    Tidak diketahui di mana sosej tersebut berakhir, tetapi beberapa media melaporkan bahawa ia mungkin telah diberikan sebagai hadiah di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda