PARAMARIBO, 26 DIS – Desi Bouterse, bekas diktator dan kemudiannya dipilih sebagai Presiden Suriname, yang menjadi pelarian keadilan terhadap pembunuhan pembangkang politik, telah meninggal dunia pada usia 79 tahun, kata kerajaan itu kelmarin.
Bouterse, yang masih popular dengan golongan miskin dan kelas pekerja di negara Amerika Selatan meninggal dunia Selasa lalu memegang tampuk pemerintahan selepas rampasan kuasa pada 1980 sebagai sarjan mejar muda dalam tentera.
Beliau meletak jawatan pada tahun 1987 di bawah tekanan antarabangsa berikutan tuduhan sebagai dalang terhadap keganasan politik. Beliau kembali berkuasa pada 1990 selepas rampasan kuasa kedua, tanpa pertumpahan darah. Bouterse meninggalkan kuasa pemerintahan setahun kemudian, seterusnya dipilih sebagai presiden bekas jajahan Belanda pada 2010 dan memerintah selama 10 tahun.
Presiden Suriname sekarang, Chan Santokhi, turut mengucapkan takziah kepada keluarga Bouterse dan menggesa orang ramai untuk bertenang.
Khabar angin tentang kematian mengejut Bouterse mula tersebar sekitar tengah malam selepas beliau mengalami sakit di tempat persembunyiannya, kawasan dia melarikan diri daripada tuduhan pembunuhan politik. Mayatnya telah dipindahkan oleh orang yang tidak dikenali ke kediamannya di ibu negara Paramaribo, di mana keluarganya dan penyokong Parti Demokratik Nasional (NDP) berkumpul pada Hari Natal untuk mengucapkan selamat tinggal.
Doktor Rabindernath Khoenkhoen, memaklumkan kepada pemberita, namun dia tidak memberikan butiran mengenai punca kematiannya. – AFP