Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Bekas duta Vietnam ke Malaysia ditahan

    HANOI, 6 JAN – Polis menahan dan memulakan prosiding jenayah terhadap bekas
    Duta Vietnam ke Malaysia, Tran Viet Thai atas pertuduhan “menyalahgunakan kedudukan dan kuasa”, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Bekas pegawai Kedutaan Vietnam di Malaysia, Nguyen Hoang Linh turut didakwa atas pertuduhan yang sama dan dilarang meninggalkan kediamannya, kata Ketua Pejabat dan Jurucakap Kementerian Keselamatan Awam (MPS), Leftenan Jeneral To An Xo, kelmarin. 

    Penahanan itu merupakan langkah terbaharu berhubung siasatan kes menerima dan memberi rasuah, menyalahgunakan kedudukan dan kuasa semasa menjalankan tugas, menipu dan mengagihkan aset di Kementerian Luar Negeri dan beberapa tempat lain, menurut VNA.

    Sebelum ini, ramai penyandang dan bekas pegawai turut ditahan untuk siasatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...