Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas imam tewas ‘godaan’ tabung masjid

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Mahkamah Majistret Sabtu lalu menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas seorang bekas imam atas pertuduhan menyeleweng wang dari peti derma masjid.

    Haji Sufri bin Haji Mega, 51 tahun, bekas imam dan pengerusi jawatankuasa takmir masjid, pada permulaannya menafikan pertuduhan itu dan didapati bersalah oleh Majistret Nur Eleana binti DP Haji Hairol Arni atas kesalahan pecah amanah jenayah dengan menyeleweng $60 daripada peti derma masjid yang sebahagiannya diamanahkan kepadanya untuk mengira wang sedekah yang diberikan oleh jemaah masjid.

    Jumlah yang diselewengkan $60, walaupun kecil, namun defendan telah mengkhianati amanah yang diberikan oleh orang ramai terhadapnya, menurut mahkamah yang antara lain mengulangi faktor-faktor yang diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

    Mahkamah juga memikirkan tentang perwatakan baik defendan, memandangkan ia adalah kesalahan pertama kali dan pengembalian sepenuhnya wang yang diselewengkan.

    Bagaimanapun, mahkamah menekankan hukuman perlu dijatuhkan ke atas pemegang jawatan itu untuk dijadikan sebagai satu peringatan dan mengelak perbuatan mereka menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap pegawai masjid.

    Kes Pendakwa Raya ‘Adzimah Salleh terhadap defendan dari awal lagi telah mendakwa defendan menyalahgunakan wang peti derma di Masjid Perpindahan Kampung Mata-Mata, Gadong pada 4 September 2020.

    Pihak pendakwaan juga mengemukakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan perbuatan defendan sebagai bukti semasa perbicaraan.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda