Khamis, November 20, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas isteri bimbang anak ikut wajah Sule

    Penyanyi Nathalie Holscher pernah berasa bimbang untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya iaitu pelawak Sule.

    Menurut Nathalie, 33, antara perkara yang paling ditakutkan adalah anak yang bakal lahir akan mengikut rupa paras bapanya.

    Disebabkan itu dia sering bertanya mengenai fizikal anak dalam kandungan setiap kali melakukan pemeriksaan imbasan di klinik, lapor mStar.

    “Selama melakukan imbasan ketika hamil, saya selalu bertanya doktor hidungnya mancung atau tidak.

    “Saya juga bertanya tentang warna kulit sama ada putih atau tidak,” katanya dalam satu temu bual.

    Untuk rekod, Nathalie dan Sule bernikah pada November 2020 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama dua tahun.

    Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Adzam Adriansyah Sutisna yang dilahirkan pada 11 Disember 2021.

    Sementara itu bercakap tentang hubungan bersama Sule selepas cerai, menurut Nathalie mereka masih berkawan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

    “Kami teman baik. Terima kasih kerana saling menjadi tempat meluahkan perasaan.

    “Terima kasih kerana bekerjasama untuk menjaga Adzam,” ujarnya. – Agensi

    Wajah Adzam lebih iras kepada Nathalie. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda