Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas isteri Da’i Farhan tidak bertudung, bangga tayang rambut

    Penampilan baharu bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Dr Erin yang kini tidak bertudung mengejutkan ramai pihak.

    Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 42, menerusi laman sosialnya memuat baik beberapa keping foto memperlihatkan rambutnya yang panjang dan berwarna perang.

    Menerusi ruangan kapsyen pula, Erin berkata dia mahu menjalani kehidupannya yang lama.

    “Awak telah merampas hidup saya dan kini saya mahukannya kembali.

    “Lautan mungkin mencabar, namun saya adalah kapten. Biar apa pun kesukaran, saya akan menang,” tulis Erin.

    Dalam pada itu, Erin berkata, kehidupan seseorang individu tidak boleh dibandingkan dengan individu lain kerana masing-masing berdepan ujian berbeza.

    Katanya, tiada siapa pun manusia di dunia ini yang dilahirkan sempurna.– Agensi

    Penampilan baharu bekas isteri Da’i Farhan iaitu Dr Erin yang kini tidak bertudung mengejutkan ramai pihak. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda