Thursday, November 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas isteri Keith Foo sudah peluk Islam

    Bekas isteri pelakon Malaysia, Keith Foo iaitu Kim Raymond sah memeluk agama Islam pada 24 Oktober lalu.

    Menurut mStar, Kim melafazkan Dua Kalimah Syahadah di Markas Al-Khadeem iaitu sebuah komuniti Islam yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

    Lafaz tersebut dipimpin oleh Presiden Al-Kahdeem iaitu Datuk Sheikh Hussain Yee.

    “Alhamdulillah, dengan hidayah Allah, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk Islam di Al-Khaadem pada 24 Oktober lalu,” ujar kenyataan pertubuhan berkenaan.

    Foto ketika Kim membuat lafaz berkenaan turut dikongsi menerusi Instagram New Muslim Community yang banyak berkongsi tentang kisah saudara baharu Islam.

    Lafaz syahadah Kim dipimpin oleh Sheikh Hussain Yee. – mStar

    Kim dalam foto yang dimuat naik kelihatan manis berjubah hitam dan turut disaksikan oleh rakan serta ahli keluarganya.

    “Ramai ahli keluarga dan rakan-rakannya hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh berkat.

    “Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan menjadikannya seorang Muslim yang solehah serta beramal,” jelas kenyataan tersebut.

    Untuk rekod, Kim pernah berkahwin dengan Keith pada 2015 sebelum mereka bercerai pada Disember 2019.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia tujuh tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda