Friday, July 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Bekas isteri sudah cuba jaga nama baik Virgoun

    Bekas isteri Virgoun iaitu Inara Rusli sudah cuba sedaya upaya menjaga nama baik penyanyi berkenaan kepada tiga anak mereka.

    Bagaimanapun Inara berkata dia sudah tidak dapat menyembunyikan kebenaran susulan Virgoun ditangkap akibat penyalahgunaan dadah Khamis lalu.

    “Ibu minta maaf anak-anak. Saya sudah cuba buat bahagian saya dan sedaya upaya menyelamatkan Virgoun.

    “Tetapi macam mana pun usaha saya, kejadian ini membuatkan pandangan anak-anak berubah terhadapnya,” katanya.

    Menurut mStar, Inara enggan mengulas mengenai penangkapan bekas suami dengan seorang wanita, sebaliknya hanya mahu fokus membesarkan anak-anak mereka.

    Inara hanya mahu fokus pada kerja dan besarkan tiga orang anaknya. – Fimela

    Apa yang lebih penting kata Inara, emosi anak-anaknya terjaga selain mahu terus bekerja keras membesarkan mereka.

    “Banyak perkara yang kami lalui dan harungi. Anak-anak perlukan ibu yang waras untuk mencari rezeki dan mendidik mereka,” katanya.

    Difahamkan, pasangan itu baru sahaja mencapai kata sepakat berhubung beberapa isu berbangkit dan kedua-dua mereka bersetuju untuk berdamai.

    Inara sudah pun menarik balik laporan polis atas dakwaan bekas suaminya itu berzina dengan wanita lain ketika mereka berkahwin.

    Virgoun juga bersedia menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap Inara sebelum penyanyi itu ditahan pihak berkuasa Khamis lalu.

    Penyanyi lagu Surat Cinta untuk Starla itu ditahan bersama seorang wanita di sebuah rumah sewa di Ampera, Jakarta Selatan pada 20 Jun lalu.

    Penyanyi itu ditahan selepas didapati menggunakan bahan terlarang dan polis merampas dadah jenis syabu selain alatan menghisap ketika serbuan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir: Sembilan maut, jutaan terjejas

    GUWAHATI, 4 JULAI – Hujan lebat dan sungai melimpah di timur laut India dan negara jiran, Bangladesh, telah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, menurut pegawai...