Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL- Syarikat AlHijrah Travel & Tours Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Reunion bagi ahli jemaah Haji 2024 diikuti dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di sebuah restoran kelmarin.
Seramai 37 ahli bekas jemaah haji telah menghadiri majlis tersebut.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Urusan AlHijrah Travel & Tours sdn bhd, Haji Shamsul Baharin bin Haji Abd Rahman disertai dengan beberapa pegawai dari syarikat berkenaan.
