SYDNEY, 1 JAN – Bekas juara lumba basikal dunia, Rohan Dennis, telah didakwa atas kematian isteri Olympiannya, lapor media Australia hari ini, selepas didakwa melanggarnya dengan kereta.
Melissa Hoskins, pelumba basikal trek yang telah bersara dan pernah mewakili Australia pada Sukan Olimpik 2012 dan 2016, meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan serius, kata polis petang Sabtu lalu.
Suaminya, Dennis, 33, adalah bekas profesional yang disegani yang memenangi ujian masa dunia pada 2018 dan 2019, serta kemenangan peringkat 2015 dalam Tour de France.
Polis Australia Selatan berkata seorang lelaki berusia 33 tahun, dilaporkan sebagai Dennis, telah didakwa ‘menyebabkan kematian dengan memandu secara berbahaya’ dan ‘memandu dengan cuai dan membahayakan nyawa.’
“Pemandu berkenaan dikenali wanita itu,” kata polis, tanpa mengesahkan namanya.
Persatuan penunggang basikal wanita antarabangsa terkejut apabila mengetahui kematian Hoskins.
Hoskins, 32, penunggang basikal bagi pasukan Australia telah memenangi acara berpasukan pada Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2015 di Perancis. – AFP
