Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas juara heavyweight dunia bersara

    LONDON, 15 JAN – Bekas juara heavyweight dunia, Tyson Fury, baru-baru ini berkata dia telah bersara daripada tinju hanya beberapa minggu selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tangan Oleksandr Usyk.

    “Saya akan menulisnya dengan ringkas tetapi bermakna,” kata petinju Britain itu dalam catatan media sosial. “Saya ingin mengumumkan persaraan saya daripada tinju.

    “Ia sukar dipercayai, saya menyukai setiap minit daripada sukan ini,” tambah Fury, yang sebelum ini bersara tetapi kembali semula ke gelanggang.

    ‘Raja Gypsy,’ 36, kali terakhir bertarung pada 21 Disember apabila dia kalah dalam perlawanan timbal balik menentang juara WBA, WBC dan WBO, Usyk, di Riyadh.

    Fury merangkul juara heavyweight dua kali dan bersara dengan rekod 34 kemenangan, dua kekalahan dan satu seri.

    Dia mengumumkan akan berhenti selepas menewaskan Dillian Whyte pada April 2022 tetapi kembali beraksi lewat tahun itu.

    Frank Warren, yang mempromosikan Fury, memberitahu BBC dia tidak bercakap dengan petinju itu sebelum pengumuman persaraannya.

    “Saya telah mengatakan selama ini bahawa saya tidak melakukan apa-apa cara untuk mempengaruhinya,” kata Warren.

    “Jika itu yang dia mahu lakukan, itu bagus. Dia telah melakukan semua yang dia boleh lakukan. Mungkin menjadi petinju heavyweight British terbaik dalam generasinya setakat ini,” tambahnya. – AFP

    Gambar fail betarikh 20 April 2022 menunjukkan Fury semasa sidang media pra pertarungan di Stadium Wembley di barat London. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda