Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas juara lompat bergalah meninggal dunia

    BERLIN, 19 JAN – Bekas juara dunia lompat bergalah Shawn Barber meninggal dunia pada usia 29 tahun akibat ‘komplikasi perubatan,’ lapor agensi berita Jerman (dpa) kelmarin, memetik jabatan olahraga Universiti Akron di Ohio, Amerika Syarikat, di mana mendiang pernah belajar.

    Barber meninggal dunia di kediamannya di Kingwood, Texas pada Rabu lalu dan punca kematian belum diketahui. Dia telah jatuh sakit dan mengalami masalah kesihatan untuk tempoh seketika.

    Barber meraih gelaran juara dunia pada 2015 di Beijing ketika berusia 21 tahun menerusi lompatan setinggi 5.90 meter, merangkul kejohanan dunia pertama buat Kanada dalam acara lompat bergalah.

    Lima bulan kemudian, dia memecah rekod kebangsaannya sendiri, menjadikannya lelaki termuda yang pernah melepasi halangan setinggi 6 meter.

    Badan induk lompat bergalah World Athletics memaklumkan pihaknya ‘turut bersedih’ atas berita kematian Barber. – Bernama

    Sinner mengembalikan bola kepada Baez semasa perlawanan pusingan ketiga di kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne Park, Melbourne, Australia pada 19 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda