Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Bekas juara Olimpik tertua meninggal dunia pada usia 101 tahun

    PARIS, 3 NOV – Bekas juara berbasikal trek Perancis dan juara Olimpik tertua di dunia, Charles Coste meninggal dunia pada usia 101 tahun, umum Menteri Sukan Perancis, Marina Ferrari, kelmarin.

    Coste, yang merangkul pingat emas di Sukan Olimpik London 1948, turut menjadi pembawa obor pada Sukan Olimpik Paris 2024.

    “Dengan amat sedih saya menerima berita pemergian Charles Coste, juara Olimpik di London,” kata Ferrari dalam satu kenyataan.

    “Pada usia 101 tahun, beliau meninggalkan legasi sukan yang sangat besar.”

    Coste meninggal dunia pada Khamis lalu. Beliau merupakan pelumba basikal yang berpotensi besar sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, namun kembali aktif dalam sukan tersebut selepas perang tamat.

    Coste memenangi kejuaraan kebangsaan Perancis pada 1947 sebelum meraih emas Olimpik setahun kemudian dalam acara kejar mengejar berpasukan, membantu Perancis menewaskan pasukan Britain di separuh akhir dan Itali dalam perlumbaan akhir.

    Sejak kematian gimnas Hungary, Agnes Keleti pada Januari lalu, Coste, yang dilahirkan pada 8 Februari 1924 merupakan juara Olimpik tertua yang masih hidup. – AFP

    Charles Coste bergambar sebelum menerima Legion d’honneur di ibu pejabat Jawatankuasa Penganjur Paris 2024 untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik, di Saint-Denis, di luar Paris, pada 13 April 2022. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...

    Persiap diri sebelum ajal menjemput

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Thailand lapor lonjakan kes influenza dengan 100 kematian

    BANGKOK, 20 NOV - Thailand melaporkan lonjakan ketara kes...

    Dua maut dalam nahas pesawat ringan di Florida

    WASHINGTON, 11 NOV – Dua terbunuh apabila sebuah pesawat...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...