LOS ANGELES, 30 APRIL – Bekas jurulatih gimnastik AS, Maggie Haney telah digantung selama lapan tahun kerana penderaan lisan dan penganiayaan atlet, menurut laporan media.
Senarai dalam talian orang yang digantung dan di halang, Gimnastik AS berkata Haney, 42, ‘digantung dari semua kontrak’ bermula hari ini sehingga 30 April 2028.
Haney dituduh secara lisan melakukan penderaan dan menganiaya atlet, memaksa mereka berlatih walaupun mengalami kecederaan, menurut laporan media.
Haney, pemilik MG Elite Gymnastics di Morganiville, New Jersey, di mana dia melatih Laurie Hernandez, yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Rio 2016, dan Reily McCusker, yang berada dalam pasukan AS dan memenangi pingat emas di Kejohanan Doha 2018.
Penggantungan itu dikenakan oleh panel bebas setelah mendengar aduan penyalahgunaan terhadapnya, kata The New York Times kelmarin. – AFP