BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Lebih daripada 60 bekas kakitangan Gedung Membeli-Belah Yaohan telah menghadiri majlis makan malam yang diadakan baru-baru ini di Hotel Higher, Kiulap. Majlis diadakan bertujuan mengeratkan ikatan persahabatan selain bertukar-tukar khabar di antara bekas kakitangan. Majlis dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik, termasuk cabutan bertuah yang ditaja oleh Edel daripada Tinkerbell