Bekas ketua ETA ditahan

MADRID, 16 Mei – Seorang bekas pemimpin kumpulan pemisah Basque ETA ditahan di Perancis hari ini, kata kementerian dalam negeri Sepanyol, selepas melarikan diri lebih daripada 16 tahun.

Jose Antonio Urrutikoetxea Bengoetxea, lebih dikenali sebagai Josu Ternera dan pernah menjadi ketua politik ETA, ditahan “pada awal pagi ini di Sallanches di Pergunungan Alp Perancis, kata kementerian.

ETA membunuh lebih daripada 800 orang dalam keganasan selama lebih empat dekad untuk kemerdekaan negara Basque.

Pihak berkuasa Sepanyol telah berusaha untuk menjejaki Ternera sejak 2002, mengaitkannya dengan satu serangan ke atas berek tentera di utara bandar Zaragoza pada tahun 1987 yang meninggalkan 11 orang terbunuh, termasuk kanak-kanak.

Amat berpengaruh dalam kumpulan, Ternera, yang dipercayai sakit tenat, merakam “pengisytiharaan terakhir” yang mengumumkan bahawa kumpulan pemisah telah dibubarkan pada Mei 2018.

Sebelum itu,beliau telah mengambil bahagian dalam rundingan dengan kerajaan Sosialis Sepanyol dan disisihkan pada 2006 selepas rundingan menemui kegagalan tatkala elemen yang lebih keras menguasai kerajaan. – AFP