Friday, July 5, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Bekas ketua risikan dilantik PM baharu Belanda

    THE HAGUE, 2 JULAI – Raja Belanda Willem-Alexander mengiktiraf bekas ketua perisik Dick Schoof sebagai perdana menteri baharu hari ini, memimpin kabinet gabungan sayap kanan dengan misi melaksanakan dasar imigresen ‘paling ketat di negara itu’.

    Selepas 223 hari pemimpin berhaluan kanan, Geert Wilders meraih kemenangan dalam pilihan raya yang mengejutkan di Eropah dan dunia, Schoof mengambil alih jawatan Mark Rutte selepas 14 tahun berkuasa.

    Schoof memperkenalkan menterinya kepada Willem-Alexander di istana diraja ‘Oranjezaal,’ yang masing-masing tampil ke hadapan untuk bersumpah setia kepada raja dan perlembagaan.

    “Saya tidak sabar untuk bertugas sebagai perdana menteri,” tulis Schoof di X, sebelum ini Twitter, di bawah gambar beliau menandatangani dekri bersama raja.

    “Untuk Belanda yang selamat dan adil dengan keselamatan sosial untuk semua orang. Kawalan terhadap penghijrahan, dialog, membuat pilihan dan jelas mengenainya. Awda boleh bergantung pada saya,” tambahnya.

    Wilders terpaksa mengetepikan cita-citanya sendiri untuk menjadi perdana menteri bagi memastikan rundingan pakatan yang mencabar berada di landasan betul beberapa rakan rundingan menganggap kenyataan anti-Muslim dan kritikan terhadap Kesatuan Eropah (EU) yang dibuatnya terlalu melampau untuk memimpin negara.

    Sebaliknya, empat rakan gabungan bersetuju pemimpin mereka tidak akan berkhidmat dalam kerajaan, berkompromi dengan Schoof, 67, yang sebelum ini mengendalikan Perkhidmatan Rahsia Belanda. – AFP

    Raja Willem-Alexander (kanan) dan Perdana Menteri Dick Schoof menandatangani Dekri Diraja di Istana Huis ten Bosch di The Hague, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...