Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bekas ketua syarikat gergasi minyak China disiasat

    BEIJING, 2 FEB – Bekas ketua salah sebuah syarikat minyak terbesar di China sedang disiasat atas ‘pelanggaran serius’ undang-undang, kata Beijing hari ini, menjadikannya eksekutif terbaharu yang menjadi mangsa tindakan keras pembanterasan rasuah besar-besaran.

    Wang Yilin berkhidmat sebagai Pengerusi China National Petroleum Corporation (CNPC), kumpulan tenaga besar yang berpangkalan di Beijing, dari 2015 hingga 2018.

    Dia disyaki ‘melanggar disiplin dan undang-undang yang serius,’ kata agensi anti-rasuah Parti Komunis dalam satu kenyataan, menggunakan rumusan yang sering merujuk kepada dakwaan rasuah.

    Wang ‘pada masa ini sedang menjalani penilaian disiplin dan siasatan penyeliaan,’ kata agensi itu.

    Berita tentang siasatan itu timbul hanya beberapa minggu selepas seorang lagi eksekutif CNPC iaitu bekas Timbalan Pengurus Besar, Xu Wenrong, ditangkap kerana disyaki menerima rasuah.

    Xu secara serentak disingkirkan daripada parti tersebut kerana ‘menerima sejumlah besar wang,’ kata agensi anti-rasuah itu.

    CNPC menduduki tempat kelima dalam senarai Fortune Global 500 tahun lepas bagi syarikat terbesar di dunia berdasarkan pendapatan.

    Presiden Xi Jinping secara rasmi telah melancarkan kempen secara meluas menentang rasuah sejak mula memerintah, dan kempen itu baru-baru ini menyasarkan beberapa pembiaya dan ahli perniagaan terkemuka negara itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...