Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas maharani Jepun selamat jalani pembedahan

    TOKYO, 13 OKT – Bekas maharani Jepun, berusia 89 tahun, Michiko meninggalkan hospital hari ini selepas menjalani pembedahan kerana mengalami patah tulang paha, lapor media tempatan.

    Michiko, ibu kepada Maharaja Naruhito, terjatuh pada 6 Oktober lalu di kediamannya di Tokyo dan dimasukkan ke hospital pada keesokan harinya selepas doktor mendiagnosis keretakan di bahagian tulang femur kanannya.

    Walaupun Pegawai di Imperial Household Agency tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, namun seorang pegawai sebelum ini memberitahu rawatannya berjalan lancar.

    Michiko dan suaminya – bekas maharaja Akihito, 90 – dipuji kerana memodenkan monarki yang terikat dengan tradisi dan membawanya lebih dekat kepada orang ramai.

    Michiko, rakyat biasa pertama yang berkahwin dengan pewaris empayar di Jepun, telah melahirkan Naruhito pada tahun 1960. Anak lelaki keduanya, Putera Akishino, dilahir pada tahun 1965.

    Pada 2019, Akihito, pada usia 85 tahun, menjadi raja perlembagaan pertama Jepun yang turun takhta pada 2000an. – AFP

    Gambar fail bertarikh 9 April 2024 menunjukkan Michiko tiba untuk memperingati ulang tahun ke-110 kematian isteri bekas maharaja Meiji, di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda