JITRA – Melihat potensi susu kerbau yang semakin mendapat permintaan tinggi, seorang mekanik dari Kampung Lembah Arang, di sini bertindak berani meninggalkan pekerjaannya untuk menternak haiwan itu dan menjual susunya sebagai sumber pendapatan. Megat Izham Megat Hassan, 42, berkata, bermodalkan RM60,000 untuk membina kandang dan membeli enam ekor kerbau pada 2006, beliau kini telah memiliki