Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bekas menteri Bolivia dipenjara

    WASHINGTON, 5 JAN – Jabatan kehakiman AS mengumumkan bahawa salah seorang bekas menteri kabinet Bolivia yang mengaku bersalah melakukan pengubahan wang haram dalam skim rasuah telah dikenakan hukuman penjara lima tahun dan sepuluh bulan semalam di Florida.

    Arturo Murillo, 58, telah dibayar sekurang-kurangnya AS$532,000 sebagai rasuah oleh sebuah syarikat Florida kerana membantu mendapatkan kontrak yang bernilai AS$5.6 juta untuk membekalkan Kementerian Pertahanan Bolivia dengan gas pemedih mata dan peralatan ketenteraan.

    Maurillo mula berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan sementara sayap kanan yang diketuai oleh Jeanine Anez, yang mengambil alih kerajaan Bolivia pada 2019 selepas penyingkiran Evo Morales.

    Pada 20 Oktober lepas, dia membuat pengakuan bersalah terhadap satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram.

    Menurut Jabatan Kehakiman, empat individu membantu Maurillo dalam pengubahan wang rasuah melalui bank di AS, di mana Maurillo menerima bayaran tunai sebanyak $130,000.

    Maurillo berdepan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun. – AFP

    Menteri Dalam Negeri, Arturo Murillo semasa sidang akhbar di La Paz. Seorang bekas menteri kabinet Bolivia dijatuhi hukuman penjara lima tahun 10 bulan di Florida. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...