Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bekas menteri luar China letak jawatan

    BEIJING, 28 FEB – Bekas menteri luar China, Qin Gang, yang disingkirkan secara tiba-tiba daripada jawatan tahun lalu dan tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak itu, telah meletak jawatan sebagai ahli parlimen, menurut media kerajaan.

    Peletakan jawatan Qin sebagai wakil bandar pelabuhan Tianjin ke Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-14 telah diterima kelmarin, kata agensi berita Xinhua.

    Bekas menteri luar itu disingkirkan selepas hanya 207 hari memegang jawatan pada Julai lalu tanpa penjelasan.

    Dia digantikan oleh seorang diplomat veteran yang berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri, Wang Yi, yang mengatasinya dalam hierarki kerajaan China.

    Qin kemudiannya disingkirkan daripada kabinet China, Majlis Negara, pada Oktober.

    Tujuh bulan kemudian, Beijing masih tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai pemecatan Qin, mahupun mengapa dia tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak itu.

    Parlimen China yang tiada kuasa mutlak, Kongres Rakyat Kebangsaan, dijangka bersidang untuk sesi tahunannya minggu depan. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Qin bercakap semasa forum bertajuk Chinese Modernization and the World yang diadakan di The Grand Halls di Shanghai pada 21 April 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...