MOSCOW, 8 JULAI – Bekas Menteri Pengangkutan Rusia Roman Starovoit membunuh diri di dalam keretanya di Odintsovo, Wilayah Moscow, menurut jurucakap rasmi Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, Svetlana Petrenko, seperti yang dilaporkan oleh TASS.
“Pihak berkuasa penyiasatan dari Jabatan Penyiasatan Utama Jawatankuasa Penyiasatan Rusia bagi Wilayah Moscow sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian; kejadian sedang disahkan tetapi bunuh diri adalah versi utama,” katanya.
Starovoit dipecat pada pagi kelmarin melalui dekri presiden. Beliau memegang jawatan sebagai menteri sejak Mei 2024. – Bernama
