SINGAPURA, 6 JUN – Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran selesai menjalani hukuman dan kini tidak lagi berada dalam tahanan, menurut laporan media.
Menurut laporan The Straits Times (ST), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Iswaran telah menamatkan tempoh pengawasan di bawah Skim Tahanan Rumah.
Iswaran, 62, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Oktober 2024 selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan, iaitu menerima barangan berharga semasa berkhidmat sebagai penjawat awam dan satu pertuduhan menghalang keadilan.
Iswaran memulakan hukuman pada 7 Oktober 2024 sebelum dipindahkan ke skim tahanan rumah pada 7 Februari, selepas dinilai sesuai untuk skim berkenaan. – Bernama


