Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Bekas menteri pertahanan Korea Selatan disiasat

    SEOUL, 18 OKT – Pendakwa raya Korea Selatan hari ini meminta waran tangkap bagi bekas menteri pertahanan dan ketua pengawal pantai dalam kerajaan terdahulu negara itu ketika mereka menyiasat pengendaliannya ke atas pembunuhan pegawai perikanan Korea Utara pada 2020 berhampiran sempadan negara jirannya.

    Sejak memegang jawatan pada Mei, kerajaan konservatif pimpinan Presiden Yoon Suk Yeol telah melancarkan siasatan baharu terhadap isu lampau termasuk pembunuhan pada 2020, sekali gus menerima kritikan daripada penyokong kerajaan liberal terdahulu, yang berkata langkah itu sebagai dendam politik.

    Konservatif mengesyaki kerajaan terdahulu yang dipimpin oleh Presiden Moon Jae-in secara silap menyifatkan pegawai perikanan itu telah dibunuh ketika cuba membelot ke Korea Utara, dalam usaha pihak berkuasa untuk meredakan sentimen anti-Korea Utara di negara sendiri dan terus mengukuhkan hubungan antara negara-negara.

    Pejabat pendakwa raya daerah tengah Seoul berkata ia meminta mahkamah Seoul untuk mengeluarkan waran tangkap bagi bekas menteri pertahanan, Suh Wool dan bekas pesuruhjaya pengawal pantai, Jeneral Kim Hong-hee kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dan memalsukan dokumen berkaitan kes pada 2020.

    Ia berkata Suh berdepan dakwaan tambahan kerana memusnahkan rekod awam. Mahkamah Daerah Tengah Seoul dijangka akan memutuskan sama ada untuk mengeluarkan waran pada minggu ini, menurut pejabat pendakwa raya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...