Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas Mrs Malaysia World terima Anugerah Wanita Ikonik Global

    KUALA LUMPUR, 29 DIS – Bekas Mrs Malaysia World, Priyaa Simmi menerima anugerah berprestij Global Iconic Woman 2023 atas sumbangan cemerlang dalam inovasi digital dan pemerkasaan wanita.

    Anugerah itu disampaikan kepada bekas ratu cantik dan usahawan itu pada Persidangan Antarabangsa Inovasi Pelbagai Bidang dalam Pendidikan, Sains Sosial, Kemanusiaan dan Perniagaan (MIESHB – 2023) yang berlangsung di Manipal Globalnxt University, Malaysia pada 22 Disember.

    “Anugerah Wanita Ikonik Global bukan sahaja memperakui kepintaran perniagaan Priyaa, bahkan terhadap peranan dan pengaruh beliau dalam membentuk masyarakat yang lebih maju, perkasa dan selamat.

    “Hasil kerja Priyaa melambangkan fokus persidangan itu dalam inovasi pelbagai disiplin dan potensinya untuk memupuk masa depan yang lebih sihat dan progresif,” menurut kenyataan yang disediakan kepada Bernama.

    Priyaa adalah bukti visi Kolej Wanita E.M. Gopalakrishna Kone Yadava yang ditubuhkan pada tahun 1974 untuk memperkasa wanita yang kurang bernasib baik dari segi sosioekonomi.

    Teras pencapaian Priyaa ialah Security2u, platform keselamatan perintis di Asia yang menawarkan perkhidmatan keselamatan premium untuk individu dari semua latar belakang.

    Pendekatan inovatif ini telah mengubah landskap keselamatan tradisional, meletakkan Priyaa di barisan hadapan dalam perubahan industri. – Bernama

    Priyaa, dianugerahkan Anugerah Wanita Ikonik Global 2023 atas sumbangan cemerlangnya kepada inovasi digital dan pemerkasaan wanita. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda