Tuesday, November 28, 2023
25.3 C
Brunei

    -

    Bekas naib gabenor bank pusat China didakwa

    BEIJING, 27 SEPT – Pendakwaan awam telah dimulakan terhadap bekas naib gabenor People’s Bank of China, Fan Yifei kerana disyaki menerima rasuah, lapor Xinhua.

    Pejabat Pendakwa Perbandaran Huanggang di Wilayah Hubei baru-baru ini memfailkan saman terhadap Fan di Mahkamah Perantara Huanggang, menurut kenyataan rasmi hari ini.

    Tindakan perundangan diambil setelah siasatan oleh Suruhanjaya Pengawasan Kebangsaan terhadap kes Fan selesai. Beliau juga merupakan bekas ahli jawatankuasa Parti Komunis China bank itu.

    Pihak pendakwaan menuduh Fan menyalahgunakan jawatannya secara tidak adil untuk memberi manfaat kepada pihak lain dan menerima jumlah wang dan barang berharga yang sangat besar secara haram sebagai balasan. – Bernama

    Gambar Euromoney
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...